Kamis, 06 Maret 2008

hanya ingin kau tahu



hanya ingin kau tahu oleh republik

ku telah miliki
rasa indahnya perihku
rasa hancurnya harapku
kau lepas cintaku

rasakan abadi
sekalipun kau mengerti
sekalipun kau fahami
ku fikir ku salah mengertimu

aku hanya ingin kau tahu
besarnya cintaku
tingginya khayalku bersamamu
'tuk lalui waktu yang tersisa kini
di setiap hariku
di sisa akhir nafas hidupku

walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
hanya ada dalam anganku
ku lewati itu


lagu ini menggunakan seni kata yang puitis. ia menceritakan seorang individu yang mengenangkan kisah cintanya yang sudah lalu. rasa sesal menyelubunginya semasa dia mengenang akan kekasih lamanya, serta semua kenangan manis yang telah membentukkan dirinya menjadi seorang yang lebih sempurna. dia mengerti bahawa dia telah kurang menghargai diri dan kehadiran kekasihnya, sehinggalah saat terputus cinta antara dua insan ini. tidak sempat hendak dia mengucapkan kata terima kasih kepadanya. dia harus mengharungi hari hidupnya sendiri dengan berbekalkan semangat serta kasih sayang yang telah dicurahkan ke atasnya suatu ketika dahulu.

Jumat, 07 Desember 2007

Watak & Perwatakan bagi Cerpen Pendidik Millenium

PENDIDIK MILLENIUM
Purnama Senja
Muhammad Khairool Haque


Watak merupakan sesuatu objek atau pelaku, baik manusia mahupun makhluk lain seperti haiwan, tumbuhan atau sebagainya, yang menggerakkan sesebuah cerita berdasarkan hukum sebab dan akibat. Sesuatu watak itu diberi sifat-sifat tertentu, seperti perangai dan pemikiran yang boleh dikenali melalui percakapan dan perlakuannya. Sifat-sifat yang digambarkan oleh pengkarya pada watak yang diwujudkan itu dinamakan perwatakan. Perwatakan terdiri dari aspek jasmani dan rohani, ciri-ciri tertentu seperti paras rupa atau bentuk fizikal serta perihal sikap dan pemikiran.

Dalam cerpen "Pendidik Millenium" terdapat beberapa watak yang terdiri daripada watak utama dan watak sampingan. Watak-watak tersebut ialah Hakim, Cikgu Halim dan Miss Wong.

Hakim
Hakim ialah protagonis dalam cerita "Pendidik Millenium". Dia merupakan seorang pelajar menengah tiga yang pintar. Kepintarannya terpapar dalam cerita ini menerusi karangannya tentang kehidupan rakyat Singapura yang berbilang bangsa, di mana dia mengaitkannya dengan keadaan pada zaman Rasullullah dahulu. Dia bijak menulis dengan memasukkan isi-isi yang menarik lagi informatif dalam karangannya.

Selain itu, Hakim juga merupakan seorang murid yang hormat pada orang-orang yang lebih tua darinya. Sifatnya ini boleh dilihat melalui kelakuannya apabila dia dimarahi oleh Cikgu Halim tanpa sebab yang munasabah. Cikgu Halim mencabarnya untuk menentang kata-katanya, namun Hakim hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu dirinya dikatakan sebagai biadap.

Hakim juga mempamerkan sifat keberanian. Dia berani menentang kata-kata tajam Cikgu Halim kerana tidak tahan lagi dengan perangainya terhadap Hakim. Hakim berkelakuan sedemikian kerana ingin menegakkan kebenaran bahawa dia tidak bersalah dan Cikgu Halim telah memarahinya tanpa beralas. Tambahan pula Cikgu Halim sememangnya seorang guru yang bengis dan disegani murid-muridnya, dan kelakuan Hakim yang melawan gurunya itu menunjukkan dengan lebih jelas lagi bahawa Hakim ialah seorang yang sangat berani.

Cikgu Halim
Cikgu Halim ialah antagonis dalam cerita ini. Dia merupakan seorang guru Bahasa Melayu yang bersifat garang. Murid-murid sekolah membencinya kerana perangainya. Beliau memarahi anak-anak muridnya tanpa sebab. Perangai Cikgu Halim yang bak harimau beranak muda itu membuatnya sangat disegani anak-anak muridnya.

Bukan sahaja itu, Cikgu Halim juga merupakan seorang guru yang tidak bertanggungjawab. Sementara guru lain berusaha dengan hati yang ikhlas untuk mengajar dan mendidik anak-anak murid masing-masing, Cikgu Halim ternyata hanya memilih pekerjaannya itu kerana gajinya yang lumayan.

Cikgu Halim juga seseorang yang tidak senang menyerah kalah. Walaupun Hakim telah melawan kata-katanya dengan kebenaran, Cikgu Halim tidak mahu menerima tentangan itu, malah menuduh Hakim seorang murid yang biadap.

Miss Wong
Miss Wong ialah watak sampingan dalam cerita ini. Beliau merupakan seorang pengetua sekolah yang miang. Beliau telah mengurat Cikgu Halim kerana beliau itu antara guru yang paling tampan di sekolah itu. Mereka berdua telah menjalinkan hubungan sulit dan melakukan zina di kampus sekolah.

Senin, 05 November 2007

Selamat Datang (:

Eh hai semua! Selamat datang ke blog sastera saya! Singgah lah ke sini pada bila-bila masa yaaa. OK GO!